CK 2: Tanggungjawab Dan Membuat Keputusan Kewangan

Standard Kandungan Celik Kewangan

2.2 Menilai maklumat kewangan yang didapati daripada pelbagai sumber

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Matematik

Tahun 4: 3.4 Tanggungjawab dalam Membuat Keputusan Berkaitan Kewangan

D.a.iv Pembekal Perkhidmatan Kewangan

  • Tahu bahawa terdapat beberapa pembekal servis/kewangan menawarkan jenis produk yang sama
  • Memahami bagaimana untuk meneliti produk kewangan, termasuk menggunakan mekanisme perbandingan, jika ada

 

D.a.v Penipuan dan Pemalsuan

  • Sedar akan penipuan dan aktiviti kewangan palsu serta langkah yang boleh digunakan untuk melindungi diri daripada aktiviti penipuan dan palsu ini
  • Boleh menilai permintaan yang seolah-olah daripada syarikat kewangan, dan membuat keputusan sama ada permintaan tersebut adalah tulen atau berkemungkinan adalah penipuan

 

D.c.ii Pembekal Perkhidmatan Kewangan

  • Boleh membezakan di antara maklumat daripada pembekal kewangan dan bahan promosi am daripada pembekal yang sama [yang mana relevan]

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

7. Meneroka cara untuk memperbaiki dunia yang didiami

Aktiviti Gabungan

Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas dan rujukan tentang produk kewangan dan penipuan kewangan secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran

Produk Kewangan Islam vs Kewangan Konvensional 1.1

Produk Kewangan Islam vs Kewangan Konvensional 1.2

Mengenal pasti ‘Scam’

Aktiviti

Aktiviti 1: Mencari Maklumat – Akaun Simpanan

Standard Pembelajaran

CK2.2.3

Mengenal pasti sumber maklumat produk kewangan (contoh: dalam talian, media, dan bahan cetak) dan menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap sumber maklumat tersebut 

Bahan

Internet, Pamplet, Video berkaitan produk produk kewangan

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Sediakan video dan pamplet pemasaran oleh institusi kewangan, atau minta pelajar bawa pamplet dari rumah sebelum sesi aktiviti dengan mendapatkannya di institusi-institusi kewangan berkaitan

 

2. Galakkan pelajar membuat pembentangan dalam cara tersendiri berpandukan kandungan melalui lembaran kerja 

Tindakan Murid

1. Secara berkumpulan, cari maklumat berkaitan akaun simpanan oleh bank


2. Cari maklumat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bank melalui dalam talian, media dan bahan cetak


3. Catatkan maklumat dan pengalaman mendapatkan maklumat melalui setiap sumber pada lembaran kerja


4. Pilih sumber yang memberikan maklumat yang memuaskan


5. Bentangkan kepada kelas 

Aktiviti 2: Kanvas Kreatif

Standard Pembelajaran

CK2.2.4

Mengenal pasti pelbagai jenis penipuan kewangan terkini, termasuk penipuan dalam talian 

Bahan

Kertas Lukisan, Bahan Melukis dan Mewarna

Masa

20 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Sediakan bahan tambahan (alatan mewarna, kertas A4/kertas lukisan, pelekat) jika perlu

 

2. Terangkan proses aktiviti (pilih bentuk penipuan kewangan > hasilkan infografik > gabung infografik > jejak seni > kongsi maklumat baharu) 

Tindakan Murid

1. Hasilkan infografik berkenaan satu jenis penipuan kewangan dan cara untuk melindungi diri daripada ditipu

 

2. Gabungkan infografik mengikut bentuk penipuan kewangan dan hasilkan kanvas gabungan infografik

 

3. Kanvas infografik yang telah digabung dipaparkan di mana-mana bahagian kelas (lantai, meja, dinding, rak dsb)

 

4. Jalankan jejak seni – lihat infografik rakan-rakan di sekitar kelas

 

5. Kongsikan 3 maklumat baharu yang diperoleh daripada jejak seni kepada 3 orang rakan

Tip untuk Cikgu

  • Kebanyakan bank menyediakan video tentang penipuan kewangan yang boleh didapatkan melalui channel Youtube. Galakkan pelajar mendapatkan maklumat daripada pelbagai bank berlainan

Aktiviti 3: Akaun Simpanan untuk Saya

Standard Pembelajaran

CK2.2.5

Mengenal pasti maklumat kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan berdasarkan senario tertentu 

Bahan

Internet/Pamplet Produk Akaun Simpanan

Masa

20 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Tanya dan minta pelajar berkongsi pengalaman membuka akaun simpanan bersama ibu bapa/penjaga di bank

 

2. Bantu pelajar menjana idea jenis maklumat kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan memilih produk akaun simpanan

 

3. Kategorikan maklumat kewangan kepada kadar faedah, ciri-ciri, fi&bayaran, kelebihan tambahan

 

4. Sediakan pamplet dari bank berlainan atau bantu pelajar melayari laman RinggitPlus untuk membuat pencarian maklumat

Tindakan Murid

1. Berkongsi pengalaman membuka akaun simpanan bersama ibu bapa/penjaga

 

2. Menjana idea maklumat kewangan yang diperlukan untuk membuka akaun simpanan bersama rakan kelas

 

3. Mendapatkan maklumat kewangan daripada 3 bank berlainan

 

4. Buat pilihan dan kongsi penerangan pemilihan produk bank berkenaan

Tip untuk Cikgu

  • Dalam situasi tanpa internet, sediakan pamplet dari bank-bank atau reka sendiri pamplet menggunakan maklumat produk bank daripada laman RinggitPlus

Aktiviti 4: Wang Akhir di Tangan

Standard Pembelajaran

CK2.2.1

Memberi contoh situasi di mana maklumat kewangan dapat mempengaruhi keputusan yang dibuat

 

CK2.2.2

Membuat analisis dan menilai maklumat kewangan dan iklan 

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Tayangkan video 1 dan 2

 

2. Pantau aktiviti perbincangan kumpulan

 

3. Tanya soalan lanjutan kepada kumpulan pelajar jika perlu

Tindakan Murid

1. Berdasarkan lembaran kerja, pilih 5 maklumat kewangan yang ingin diketahui sebelum memilih bank untuk membuka akaun


2. Tonton video iklan bank dan perhatikan jika maklumat kewangan yang diberitahu menepati maklumat kewangan yang dipilih 


3. Bincangkan bersama kumpulan: a) Iklan bank yang mana cukup menarik dan boleh membuatkan anda ingin membuka akaun serta merta? Mengapa? b) Adakah iklan memberi maklumat kewangan lengkap? c) Apakah cara terbaik untuk dapatkan maklumat kewangan? 

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

Persoalan Produk Kewangan

Pelajar menulis apa-apa soalan di keratan kertas berkaitan sama ada pemilihan produk kewangan atau penipuan kewangan untuk dijawab oleh rakan lain. Tuliskan juga nama sendiri di kertas tersebut

Imbas Kembali Bersama

Kaunseling Santai

Pelajar menulis respon atau memberi jawapan balas secara lisan kepada Persoalan Produk Kewangan yang diterima melalui keratan kertas cabutan secara rawak

Pasca-Pembelajaran

Penerokaan Maklumat – Lindungi Maklumat Kewangan

Pelajar mendapatkan maklumat tentang cara-cara untuk melindungi diri daripada risiko penipuan kewangan dan membuat catatan untuk dikongsi bersama rakan kelas

Langkah Keselamatan Perbankan Internet

Berhati-hati di Media Sosial

Catatan Cara Melindungi Diri daripada ‘Scam’ Kewangan

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 2 Sekolah Rendah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!