CK 6: Pengurusan Risiko, Perlindungan Dan Insurans

Standard Kandungan Celik Kewangan

6.3 Menerangkan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Pendidikan Islam

Tingkatan 2: Pelajaran 8 Amanah Terhadap Harta dan Nyawa

 

Pendidikan Moral

Tingkatan 4: Bidang 7 Unit 10 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika

C.a.iii. Keselamatan Kewangan dan Insurans

  • Mempunyai kesedaran asas bagaimana produk simpanan dan insurans boleh membantu sebagai cara mengurus risiko.
  • Mempunyai kesedaran am mengapa individu melanggan produk insurans.
  • Boleh membuat keputusan sama ada produk insurans penting kepada situasi mereka sekarang

SDG 3 Kesihatan yang Baik & Kesejahteraan

1.2.3 Pelajar boleh berkomunikasi tentang isu berkaitan kesihatan, dan strategi menghalang daripada penyakit serta menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan

7. Meneroka cara untuk memperbaiki dunia yang didiami

Aktiviti Kooperatif Gabungan

Beberapa jenis aktiviti kooperatif digabungkan dalam satu sesi pembelajaran melibatkan aktiviti Puzzle, Kad Cabaran Kumpulan dan 1 Tinggal 3 Pergi 

Pra-Pembelajaran

Pelajar membentuk soalan menggunakan 5W1H berkenaan Insurans

 

Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang dibentuk melalui penerokaan maklumat secara individu

 

Rekod dapatan maklumat yang ditemukan beserta sumber 

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Aktiviti

Situasi 1: Barangan Isi Rumah Berharga

Standard Pembelajaran

CK6.3.2

Menerangkan bagaimana barangan berharga mungkin rosak dan cara untuk melindungi barangan tersebut 

 

CK6.3.5

Menyenaraikan ancaman utama kepada pendapatan isi rumah dan aset keluarga

Bahan

Poster Infografik

Polisi Insurans

Video

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Takaful Perjalanan

Insurans Kenderaan Bermotor

Tindakan Guru

1. Sediakan bahan-bahan

 

2. Tetapkan masa (5 minit untuk penerokaan maklumat, 5 minit untuk perkongsian) 

Tindakan Murid

1. Setiap ahli kumpulan menetapkan sumber yang ingin dikaji setiap seorang (2 orang untuk sampel polisi insurans kediaman)


2. Ahli kumpulan berpecah untuk mendapatkan maklumat di stesen yang ditetapkan dan mencatat maklumat


3. Berkongsi dapatan maklumat kepada ahli kumpulan


4. Pindahkan maklumat ke Lembaran Kerja Berkumpulan

Situasi 2: Perlindungan Setiap Masa

Standard Pembelajaran

CK6.3.3

Mengenal pasti kerugian kewangan dan bukan kewangan

 

CK6.3.5

Menyenaraikan ancaman utama kepada pendapatan isi rumah dan aset keluarga

Bahan

Keratan Kad Situasi

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Tentukan masa aktiviti (10 minit) dan minta kumpulan lengkapkan catatan perbincangan pada minit ke-9 

Tindakan Murid

1. Pelajar A membaca kandungan Kad Situasi 1


2. Pelajar B memberikan cadangan jawapan/penyelesaian


3. Pelajar C bersetuju dengan Pelajar B dan beri penerangan lanjut atau tidak bersetuju dan beri jawapan/penyelesaian alternatif


4. Pelajar D dapatkan persetujuan ahli kumpulan dan merumus keputusan yang diambil


5. Pelajar A catat keputusan pada Lembaran Kerja Berkumpulan


6. Pelajar bertukar peranan A,B,C,D secara bergilir untuk Kad Situasi 2-4 

Situasi 3: Langgan atau Tidak?

Standard Pembelajaran

CK6.3.6 Menilai keperluan individu dan keluarga terhadap perlindungan insurans/takaful menggunakan analisis kos melepas 

Bahan

Keratan Kad Situasi

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tiada

Tindakan Guru

1. Tentukan masa aktiviti (10 minit)

Tindakan Murid

1. Menyediakan analisis kos melepas antara melanggan insurans, simpanan dan perbelanjaan

Situasi 4: Insurans Kurangkan Beban

Standard Pembelajaran

CK6.3.4 Menerangkan kepentingan insurans dapat mengurangi beban akibat kemalangan, sakit, kematian dan lain-lain 

Bahan

Keratan Kad Situas

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Tentukan masa aktiviti (7 minit – perkongsian; 3 minit mencatat dapatan dan pemerhatian daripada perkongsian) 

Tindakan Murid

1. 1 ahli kumpulan menerangkan analisis kos melepas kumpulan kepada rakan kelas daripada kumpulan lain


2. 3 ahli kumpulan mendengar penerangan berkenaan analisis kumpulan lain dan membuat catatan 

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

Bingo Refleksi

Mengimbas kembali aktiviti yang dilakukan semasa pembelajaran menggunakan Lembaran Kerja

Imbas Kembali Bersama

Perkongsian

Kongsi satu bingo masing-masing beserta jawapan kepada kelas

Pasca-Pembelajaran

Penggunaan Aplikasi Berkaitan Insurans

Pelajar mengenal pasti aplikasi berkaitan insurans untuk menilai hartanah

 

Teroka kegunaan aplikasi

 

Meneroka aplikasi lain untuk mendapatkan nilai yang boleh diinsuranskan untuk individu dan aset keluarga lain  

 

Berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi kepada kelas 

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 6 Sekolah Menengah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!