CK 3: Pengurusan Dan Perancangan Kewangan

Standard Kandungan Celik Kewangan

3.6 Menggunakan kemahiran untuk membuat keputusan berbelanja yang berhemat

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Pendidikan Islam

Tingkatan 2: Pelajaran 8 Amanah Terhadap Harta dan Nyawa

Tingkatan 4: Pelajaran 16 Muamalat Islam

 

Pendidikan Moral

Tingkatan 2: Bidang 4 Unit 12 Etika dan Undang-undang Siber Membantu Pembentukan Jati Diri

Tingkatan 4: Bidang 7 Unit 10 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika

A.b.ii Pembayaran dan Pembelian

Yakin untuk membuat keputusan berbelanja sendiri tanpa dipengaruhi pilihan rakan

 

D.a.ii Pengetahuan, Maklumat dan Nasihat

Tahu perbezaan di antara maklumat atau nasihat kewangan dan pemasaran, promosi produk atau iklan dalam situasi kewangan

 

A.c.iii Pembayaran dan Pembelian

Membuat keputusan berbelanja dengan mengambil kira semua aspek – termasuk apabila membeli barangan besar

 

C.a.ii Mengenal Pasti Risiko

Mengenal pasti tipu helah harga dan iklan palsu

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

8. Membincangkan bagaimana pilihan kita memberi kesan kepada orang lain dan planet, dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab

Aktiviti Gabungan

Aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan dipelbagaikan semasa sesi pembelajaran berkenaan tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas tentang konsep aset dan liabiliti, perbelanjaan berhemah dan membuat carian perbezaan di antara fakta dan pendapat secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran 

Aset dan Liabiliti

Perbelanjaan Berhemah

Tips Berbelanja

Aktiviti

Aktiviti 1: Meja Bulat Keluarga

Standard Pembelajaran

CK3.6.1

Memberi contoh aset keluarga

 

CK3.6.2

Menerangkan perbezaan antara aset dengan liabiliti serta memberi contoh bagi kedua-duanya

Bahan

Model mini rumah/Kad Hijau dan Merah 

Masa

20 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tiada

Tindakan Guru

1. Sediakan sumber bagi pemilihan item harta keluarga daripada sumber pelbagai (keratan akhbar, majalah, internet)

 

2. Bertindak sebagai moderator kepada aktiviti meja bulat keluarga, bantu pelajar berdebat berkenaan idea aset/liabiliti keluarga 

Tindakan Murid

1. Setiap kumpulan memilih beberapa item pemilikan keluarga (Item dipilih hendaklah berbeza bagi setiap kumpulan)

 

2. Senaraikan keadaan di mana item yang dipilih boleh menjadi aset atau liabiliti. Pilih sama ada item merupakan aset/liabiliti

 

3. Kongsikan item dan jelaskan kepada kelas berkenaan pemilihan kategori berdasarkan keadaan untuk menyokong kategori yang dipilih

 

4. Kumpulan lain menunjukkan persetujuan dengan perkongsian rakan dengan meletakkan model mini rumah di atas meja dan menurunkan model mini rumah apabila tidak bersetuju (atau menunjukkan kad Hijau atau Merah)

 

5. Berikan penjelasan dan ulasan lanjut atas persetujuan/ketidaksetujuan kepada perkongsian rakan

Tip untuk Cikgu

  • Bagi perbincangan lebih terperinci, tetapkan pendapatan seisi rumah yang sama bagi semua kumpulan dan minta kumpulan menyenaraikan harga setiap item yang dipilih melalui carian mereka. 

Aktiviti 2: Drama Sebabak

Standard Pembelajaran

CK3.6.3

Menerangkan bagaimana desakan daripada rakan sebaya boleh mempengaruhi keputusan berbelanja

Bahan

Tiada

Masa

30 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tiada

Tindakan Guru

1. Bentuk kumpulan, lantik pengarah (2 minit)

 

2. Bincangkan situasi dalam kumpulan (3 minit)

 

3. Pengarah drama berkumpul (3 minit)

 

4. Minta pelajar perhatikan situasi yang dipersembahkan dan berkongsi pemerhatian mereka kepada kelas

 

5. Tanya pelajar jika mereka pernah mengalami situasi yang sama dan minta pelajar mengulas dengan lebih lanjut. 

Tindakan Murid

1. Bentuk 5 kumpulan, lantik pengarah drama

 

2. Bincangkan beberapa situasi di mana rakan sebaya mempengaruhi keputusan berbelanja

 

3. Pengarah drama setiap kumpulan berkumpul, berbincang dan menetapkan babak lakonan kumpulan masing-masing

 

4. Setiap kumpulan bersedia dengan drama situasi masing-masing

 

5. Persembahkan drama sebabak 1 minit kepada kelas

Aktiviti 3: Wartawan Semasa

Standard Pembelajaran

CK3.6.4

Menilai iklan di media cetak, dalam talian dan di televisyen serta menilai sama ada iklan-iklan berkenaan merupakan fakta atau pendapat

Bahan

Tiada

Masa

20 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Sediakan bahan-bahan media cetak, minta pelajar bawa iklan pada poster atau keratan akhbar dari rumah

 

2. Bantu pelajar untuk melengkapkan catatan penilaian iklan pada Padlet jika perlu

Tindakan Murid

1. Bincangkan bersama-sama rakan kelas perbezaan fakta dan pendapat

 

2. Pilih satu jenis item atau jenama

 

3. Lakukan carian iklan item atau jenama yang dipilih melalui pelbagai sumber

 

4. Rekodkan penilaian iklan ke padlet

 

5. Baca catatan penilaian rakan-rakan di padlet dan kongsikan komen

Aktiviti 4: Perbelanjaan Terakhir

Standard Pembelajaran

CK3.6.5

Menggunakan teknik membuat keputusan secara sistematik dalam setiap keputusan berbelanja

Masa

20 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Umumkan situasi pandemik/peperangan dunia. Kerajaan telah mengarahkan kita berkurung selama satu bulan di rumah. Minta pelajar menyenaraikan 15 barangan pembelian untuk tempoh berkurung berdasarkan 30 barangan tersenarai

 

2. Minta pelajar kongsi 15 barangan pilihan dan anggaran harga mereka

 

3. Kongsikan harga sebenar setiap barangan daripada senarai

 

4. Edarkan katalog-katalog runcit dan minta pelajar membuat pelan perbelanjaan untuk 15 barangan bagi tempoh berkurung

 

5. Adakan perbincangan kelas untuk berkongsi teknik-teknik dalam membuat keputusan berbelanja secara sistematik

Tindakan Murid

1. Senaraikan 15 barangan yang akan dibeli sepanjang tempoh berkurung selama sebulan

 

2. Catatkan anggaran harga dan kos barangan-barangan yang dipilih daripada senarai

 

3. Buat pilihan 15 barangan dengan merujuk katalog runcit

 

4. Kongsi dan bincangkan teknik yang digunakan dalam membuat keputusan berbelanja kepada kelas

Tip untuk Cikgu

  • Sediakan katalog runcit daripada pelbagai peruncit berbeza. Contoh aktiviti menarik bagi teka harga daripada rancangan The Price is Right 

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

Penilaian Kendiri

Pelajar menilai penguasaan kendiri terhadap pengetahuan berkaitan perbelanjaan pada Rubrik Perbelanjaan

Imbas Kembali Bersama

Penilaian Rakan

Secara berpasangan, lakukan soal jawab dengan merujuk rubrik penilaian rakan dan sahkan penilaian kendiri rakan atau cadang tahap penguasaan baharu berdasarkan jawapan dan maklum balas daripada rakan

Pasca-Pembelajaran

Meneroka Aplikasi Teknologi

Pelajar meneroka aplikasi dalam talian sedia ada yang boleh digunakan untuk merancang dan merekod perbelanjaan. Pelajar memilih satu aplikasi, gunakannya selama seminggu dan merekod catatan berkaitan pengalaman penggunaan aplikasi tersebut dan berkongsi dengan rakan kelas.

 

Contoh-contoh Aplikasi:
My Tabung
Belanjawan
Bajet
Urus Duit

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 3 Sekolah Menengah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!