CK 1: Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya

Standard Kandungan Celik Kewangan

1.5 Menerangkan cara menggunakan instrumen kewangan yang berlainan

Standard Kandungan berdasarkan Sumber Lain

Matematik

*Nota: Matematik merupakan subjek sasar bagi Celik Kewangan 1. Kami tidak menemukan kandungan DSKP/Buku Teks yang boleh diterjemahkan kepada Celik Kewangan 1 setakat ini.

A.a.iii Pembayaran dan Pembelian

  • Tahu pelbagai cara dan jenis pembayaran berbeza
  • Tahu kad prabayar perlu ditambah nilai sebelum diguna
  • Tahu kad debit disambung kepada akaun bank
  • Tahu kad kredit memberi pinjaman kepada penggunanya
  • Tahu sesetengah syarikat mengenakan bayaran apabila pembelian dibuat menggunakan kad kredit

 

A.a.iv Harga

  • Mempunyai pengetahuan sebenar tentang kos barangan asas seperti makanan

 

A.c.iv Rekod dan Kontrak Kewangan

  • Mampu membuat kira-kira yang perlu untuk memeriksa resit dan memantau perbelanjaan, dengan penggunaan mekanisme yang sesuai

SDG1 Kemiskinan Sifar

1.2.1 Pelajar tahu strategi dan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan dan boleh membezakan di antara pendekatan berdasarkan kekuatan atau kelemahan bagi penyelesaian isu kemiskinan

8. Membincangkan bagaimana pilihan kita memberi kesan kepada orang lain dan planet, dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab

Pelan Aktiviti Celik Kewangan

Membeli Belah

Secara berkumpulan, pelajar akan membuat keputusan menggunakan instrumen pembayaran pada situasi yang berbeza. Aktiviti-aktiviti 1 hingga 4 adalah aktiviti yang bersambung mengikut turutan situasi dan tugasan pelajar.

Pra-Pembelajaran

Pelajar menonton video ringkas dan rujukan tentang instrumen pembayaran secara kendiri di luar waktu sesi pembelajaran

Aktiviti

Aktiviti 1: Perang Harta Karun

Standard Pembelajaran

CK1.5.1
Mengenal pasti pelbagai cara membuat pembayaran dan instrumen yang digunakan (tunai, kredit, cek, kad kredit, kad debit dan kad prabayar)

Bahan

Keratan Kad Gambar

Masa

10 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dalam jumlah genap

 

2. Tetapkan masa giliran setiap kumpulan adalah 30 saat

 

3. Minta pelajar jelaskan jenis instrumen pembayaran yang mereka perolehi, cara bayaran dibuat dan tempat instrumen diterima sebagai pembayaran

Tindakan Murid

1. Setiap kumpulan terbalikkan sebanyak mungkin kad gambar yang mempunyai instrumen pembayaran yang betul dalam masa 30 saat. Pada masa yang sama, kumpulan lawan akan menerbalikkan semula kad gambar yang terbuka untuk membatalkan langkah kumpulan

 

2. Kumpulkan semua kad gambar terbuka dengan instrumen pembayaran betul selepas masa 30 saat tamat

 

3. Jelaskan jenis instrumen pembayaran, cara membuat pembayaran dan di mana instrumen tersebut boleh digunakan

Tip untuk Cikgu

  • Tetapkan baki akaun pada setiap kad debit, had pada setiap kad kredit. Minta kumpulan pelajar menyerahkan jumlah wang tunai untuk menambah nilai sebelum membuat bayaran dengan kad prabayar.

 

  • Cetak sebanyak mana kad gambar yang ingin digunakan sepanjang aktiviti CK3 ini. Keratan Kad gambar wang dan kad perlu dipotong berasingan setiap satu.

Aktiviti 2: Membeli Bahan Masakan

Standard Pembelajaran

CK1.5.2

Menerangkan bahawa bayaran bukan tunai masih memerlukan dana yang mencukupi

 

CK1.5.3

Membandingkan kos menggunakan kaedah pembayaran yang berbeza 

Bahan

Keratan Kad Gambar Kumpulan

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Sediakan senarai beberapa jenis permainan beserta tanda/tag harga

 

2. Sebagai penjual, terima/tolak pembelian wakil kumpulan pelajar, berdasarkan jumlah wang/dana yang mereka miliki semasa membuat pembayaran

Tindakan Murid

1. Bincang dengan ahli kumpulan dan pilih permainan yang akan dibeli untuk aktiviti jamuan kelas

 

2. Guna mana-mana instrumen pembayaran yang diperoleh daripada Aktiviti 1 untuk membuat pembelian 

Tip untuk Cikgu

  • Tetapkan menu jamuan kelas dengan menyenaraikan beberapa jenis makanan yang memerlukan jenis bahan yang sama

 

  • Perhatikan kumpulan mana yang dapat mengoptimumkan pembelian menggunakan perbelanjaan paling rendah

Aktiviti 3: Beli? Bayar?

Standard Pembelajaran

CK1.5.5

Menerangkan betapa pentingnya menyimpan rekod kewangan yang tepat  

Bahan

Senarai Bahan/Perkhidmatan dan Harga/Kos

Masa

15 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Menyediakan senarai maklumat transaksi perbelanjaan: jumlah awal wang, senarai transaksi pembayaran dan pembelian.

 

2. Bacakan senarai dan maklumat transaksi kepada Ahli 1 secara lisan

 

3. Sahkan jawapan akhir pelajar

 

4. Apabila pelajar tamat pusingan 2, minta pelajar berkongsi perbezaan pusingan 1 dan pusingan 2

 

5. Minta pendapat pelajar tentang kepentingan menyimpan rekod kewangan yang tepat

Tindakan Murid

1. Tetapkan setiap ahli kumpulan dengan nombor giliran mengikut jumlah ahli

 

2. Pusingan 1: Ahli 1 akan mendapatkan senarai transaksi pembelian dan pembayaran daripada guru

 

3. Dalam masa 10 saat, Ahli 1 berkongsi secara verbal kepada Ahli 2. Ahli 2 kemudian berkongsi secara verbal kepada Ahli 3 dan seterusnya

 

4. Ahli terakhir mengira jumlah akhir wang kumpulan

 

5. Dalam pusingan 2, Ahli 1 mencatat senarai transaksi pembelian dan pembayaran

 

6. Ulang langkah 2-4

 

7. Buat perkongsian dengan rakan kelas lain 

Tip untuk Cikgu

  • Gunakan Katalog dan sediakan anggaran jumlah bil-bil seperti bil air, elektrik, telefon, internet, astro dan lain-lain

Aktiviti 4: Wang Akhir di Tangan

Standard Pembelajaran

CK1.5.4

Menganalisis bagaimana kos sara hidup boleh mempengaruhi pendapatan sebenar, keputusan perbelanjaan dan gaya hidup 

Bahan

Keratan Kad Gambar Kumpulan

Masa

20 Minit

Rujukan/Lembaran Kerja

Tindakan Guru

1. Tetapkan situasi setiap kumpulan berdasarkan infografik

 

2. Pantau perbincangan pelajar kepada situasi yang diberikan

 

3. Galakkan pelajar menanyakan soalan lanjutan kepada perkongsian rakan 

Tindakan Murid

1. Menggunakan baki instrumen pembayaran pada Aktiviti 2, bincang dalam kumpulan untuk menentukan sama ada wang di tangan mampu menampung kos sara hidup berdasarkan situasi yang diberikan

 

2. Dapatkan jumlah wang akhir di tangan

 

3. Kongsi buah fikiran cara berbelanja dan amalan gaya hidup yang sepatutnya dipraktikkan berdasarkan jumlah wang akhir di tangan

 

4. Setiap kumpulan berkongsi keputusan masing-masing kepada kelas 

Tip untuk Cikgu

  • Wang Akhir di Tangan = Wang Semasa – Perbelanjaan

Imbas Kembali

Imbas Kembali Individu

Cabaran Escape Room

Lengkapkan Cabaran Escape Room dengan jawapan yang betul bagi menamatkan sesi pembelajaran

Imbas Kembali Bersama

Cabaran Escape Room

Bantu rakan-rakan kumpulan melengkapkan Cabaran Escape Room mereka. Kumpulan dengan semua ahli melengkapkan cabaran Escape Room dikira berjaya

Pasca-Pembelajaran

Menjejak Kos Sara Hidup

Pelajar mengkaji dan mendapatkan maklumat harga dan nilai satu barangan pilihan mereka (terutamanya makanan/barangan runcit) bagi setiap tahun selama 10 tahun lampau.

 

Maklumat direkodkan dalam bentuk plot graf.

Muat turun Pelan Aktiviti Celik Kewangan 1 Sekolah Menengah di sini!

Dari sudut pandang seorang guru, kongsilah maklum balas anda tentang Pek Aktiviti Celik Kewangan (PACK)!

Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!