3 Bisnes “in trend” Yang Mudah Untuk Anak Muda!

Anak muda zaman sekarang ni pandai. Semua celik IT. Bangun je gapai handphone. Buka Tik Tok Lah, Twitter lah. Lepastu bukak Shopee, berangan nak beli macam-macam. Dan tanpa sedar, dorang mula adapt dengan budaya jual beli online. Maybe ramai yang tak sedar, tapi makin hari, makin ramai je anak-anak muda usia seawal 5 tahun dah mula meniaga online. Mungkin sebab terpengaruh dengan rakan-rakan lain yang juga ada bisnes kecil-kecilan. Takpun mungkin dorang dapat idea sebab tengok Youtube penjual-penjual slime masa buat review ASMR ke. Bukan tu je, ramai juga young entrepreneur atau usahawan muda ni yang dah step up their game dan jadi lebih kreatif dengan pelbagai jualan yang ‘in trend’ dan viral! Jual apa tu? Jom baca! Tapi sebelum tu, enjoy ni dulu!

 

Mainkan Video


ok jom start!

 

                                                        1. Terrarium DIY

Credit: Youtube
Credit: Youtube

Bahan-bahan:

  • Balang kaca tanpa penutup
  • Batu kecil atau kerikil
  • Tanah
  • Arang hortikultur
  • Apa-apa alat mini untuk aktiviti menanam dan menyusun 
  • Hiasan mengikut kreativiti anda
  • Tumbuhan mengikut kesesuaian ekosistem balang

 

INGAT! Pilih tanaman yang tumbuh perlahan dan bersaiz kecil agar ianya sesuai dengan saiz balang kaca anda. Pastikan pilih pokok dari ekosistem yang sesuai. Maksudnya, kalau balang kaca tu jenis tertutup, pilih pokok yang mempunyai ekosistem lembab seperti tumbuhan berdaun. Kalau balang kaca tu terbuka, pilih pokok yang mempunyai ekosistem yang kering contohnya kaktus. Harga terrarium boleh didapati di pasaran e-commerce dari serendah RM50 sehingga ke ratusan ringgit! Kalau nak dapatkan inspirasi, boleh search Youtube untuk maklumat terperinci. Ramai dah yang sifu yang ajar cara untuk bina dan jaga pasu terrarium ni. Google je!

 

                                                        2. Kraf Tanah Liat

Credit: Youtube
Credit: Youtube

Bahan-bahan:

  • Tanah liat kering udara (Air dry clay)
  • Rolling pin
  • Slip a.k.a watery clay
  • Water
  • Sculpting tools
  • Acrylic color
  • Sand papers

 

Dengar macam bosan kan? Tanah liat? Ewww so not classy! No sis! Tahu tak, sekarang tengah hype tau youngsters jual kraf yang diperbuat dari tanah liat ni? Mungkin sebab PKP kot, everyone kena duduk rumah and cari cara untuk hilangkan kebosanan, and they to be artsy! Antara produk yang tengah hot di pasaran sekarang adalah alas gelas (coaster), pemegang lilin (candle holder), dulang terrazzo (terrazzo tray), bekas barang kemas (trinket jewelry), pasu minimalist, dan macam-macam lagi lah! Kalau rajin, cuba scroll Tiktok. Ramai dah yang berjaya hasilkan pelbagai produk tanah liat ni. Semua cantik-cantik dan sangat kreatif! Harga satu produk boleh mencecah sehingga RM90++ seketul (bergantung pada tahap kreativiti dan kepakaran yang diperlukan) tau! Jangan pandang sebelah mata k! 

 

                                       3. Kek mini “Korean Bento Cake”

 
Credit: Youtube
 

Bahan-bahan: 

  • 170gm tepung kek
  • 5gm serbuk penaik
  • 15gm ovalette
  • 180gm gula kastor
  • 4 biji telur size A
  • 70gm air kosong
  • 50gm minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla

 

Hiasan:

  • 1 cawan whipped cream
  • Pewarna mengikut citarasa
  • Hiasan (cth: gula manik, coklat, buah)

 

Resepi penuh: RESEPI KOREAN LUNCH BOX CAKE | KEK MINIMALIST KOREA | BAKING

 

Kek Bento adalah kek mini yang biasanya berdiameter tidak lebih dari 4 inci (anggaran 300 gram) dan dibungkus di dalam kotak kertas yang comel! “Bento” bermaksud “senang” atau “mudah”. Di Jepun, bento bermaksud kotak bekal makanan. Disebabkan kek ini biasanya diisi didalam bekas yang kecil, maka ianya diberi nama “Bento Cake” dan biasanya cream topping akan bertemakan “Korean style-minimalist”. Harganya pula boleh didapati serendah RM25 mengikut tema yang pembeli request! Di negara Korea Selatan, biasanya kek ini boleh dibeli di hampir semua kafe dan kedai roti tau! Tapi dekat Malaysia ni, biasanya kena tempah 3 hari awal. Saiznya yang sebesar tapak tangan sesuai dijadikan menu untuk majlis kecil bersama rakan-rakan. Sekarang kan tengah musim wabak, tak boleh nak lepak ramai-ramai. Kek ni cukup untuk 2-3 orang makan. Kek comel ni juga mudah untuk dibawa kemana sahaja. Nak pergi piknik pun ok je! And of course, sesuai untuk dijadikan surprise untuk yang tersayang untuk yang tengah long-distance-relationship a.k.a LDR (hubungan jarak jauh) tu. They’re cute for the grams (Instagram/Tiktok) jugak! So kalau nak try business ni, in shaa Allah senang nak dapat market! 

 
 
Banyak lagi jenis-jenis bisnes yang mudah dan tak melibatkan kos yang tinggi tapi for now, Fun(d) For Life belanja ni je dulu ok? Jangan lupa save posting ini dan share pada rakan-rakan dan keluarga. Semoga bermanfaat!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *