Belajar: Gol-gol Kewangan

Jom Merancang Gol-gol Kewangan!

Semasa kita bermain bola sepak, kita mesti akan tujukan bola ke arah tiang gol kan?
Sama juga dengan duit simpanan! Apabila kita mempunyai tujuan menyimpan yang jelas, sifat menabung dapat dipupuk dengan lebih baik.

 

Lihatlah contoh di bawah. Mari kita cuba merancang gol-gol kewangan.

Antara berikut, manakah gol yang anda paling inginkan?

Gol Pertama:

Snek Kegemaran

Seronoknya kalau mempunyai wang saku lebih untuk membeli snek di kantin sekolah!

Gol Kedua:

Buku Kegemaran

Kalau ada wang saku lebih saya boleh membuat pilihan membeli buku komik atau buku cerita!

Gol Ketiga:

Basikal Sendiri

Paling seronok apabila dapat membeli basikal sendiri dan pergi ke taman permainan!

Jadi, apakah ‘tiang gol kewangan’ anda?

Isikan tiang gol kewangan anda pada bahagian nota di bawah.
Klik pada butang + untuk taip gol anda!

Made with Padlet
Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!