Belajar: Pengurusan Kewangan

Kita semua membuat keputusan perbelanjaan secara berlainan. Keputusan tersebut akan mengakibatkan perjalanan hidup yang berbeza, ada yang lebih selesa dan ada juga yang kurang. Bagaimanakah kita boleh membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan? 

Kak Lisa berumur 28 tahun dan dia seorang yang bijak menguruskan status kewangannya. Dia telah berjaya menanamkan sifat menabung sejak kecil lagi kerana dia sering memikirkan tentang ketidaktentuan masa hadapan.

 

Abang Daniel juga berumur 28 tahun. Dia mempunyai akaun simpanan tetapi dia jarang menggunakannya kerana duitnya dihabiskan dengan membeli gajet baharu pada setiap bulan. Apabila ditanya tentang masa hadapan, dia sentiasa berfikiran positif tetapi ada juga kelihatan gelisah.

Adakah anda mempunyai nasihat untuk diberikan kepada Kak Lisa atau Abang Daniel? Taipkan nasihat anda di bawah kemudian klik Post!

Made with Padlet
Selamat Datang ke Portal Fun(d) For Life!