Fun(d) for Life in conjunction with
Bulan Literasi Kewangan Malaysia

Program Fun(d) for Life akan mengambil bahagian dalam Bulan Literasi Kewangan Malaysia (Financial Literacy Month – FLM 2021) yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2021.

 

Bulan Literasi Kewangan Malaysia merupakan sebuah kempen di peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

 

Ia diselaraskan oleh Financial Education Network (FEN) atau Jaringan Pendidikan Kewangan yang dipengerusikan bersama Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

For 7-18 year olds:

Kuiz Kewangan ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’ versi 2

Kuiz Kewangan Kecil-Kecil, Celik Duit kembali lagi! Jawab soalan-soalan baru berdasarkan siri video kewangan yang dihoskan Zara, 10 tahun dalam ‘Kecil-Kecil, Celik Duit’ dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai hingga RM500.

Untuk murid 14-18 tahun:

Pertandingan TikTok Tips Fun(d) for Life

Sebuah Pertandingan berkongsi tips kewangan Fun(d) for Life kegemaran anda di TikTok. Hadiah wang tunai menanti perkongsian video paling menarik!

For teachers:

Kuiz Guru Kisah Pasal Duit

Sertai kuiz kewangan Kisah Pasal Duit berdasarkan siri 10 video Kisah Pasal Duit. 1 hari 1 video, 10 soalan. Menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,800.

 

Kuiz akan berlangsung dari 10 – 20 Oktober, tapi anda sudah boleh mula menonton video-video Kisah Pasal Duit sekarang.

For teachers:

Anugerah Guru Celik Wang @ Impian Celik Kewangan

Saksikan siapakah bakal dinobatkan Anugerah Guru Celik Wang yang bakal menerima geran sehingga RM10,000 untuk melaksanakan Projek Fun(d) for Life mereka?  

For teachers:

Kursus Guru Celik Kewangan

Kuasai literasi kewangan untuk diri sendiri dan generasi masa depan dengan menyertai kursus Guru Celik Kewangan dengan integrasi bilik darjah yang pertama di Malaysia!

For parents:

Webinar Keluarga Bijak Wang

Pelajari tips-tips membina Keluarga Bijak Wang dari kami, tanyakan soalan pada pakar dan bincangkan tips keluarga bijak wang kegemaran anda bersama ibubapa lain pada 30 Oktober (Sabtu), jam 10-11 pagi melalui Zoom.  Cabutan bertuah menanti!

Saksikan Webinar Keluarga Bijak Wang

Sabtu, 30 Oktober 2021, 10AM – 11AM

Webinar Keluarga Bijak Wang sempena Bulan Literasi Kewangan 2021

👨‍👩‍👧‍👦 Jom sertai Webinar Keluarga Bijak Wang pada hari Sabtu ini jam 10 pagi-11 pagi. Ia dibawakan secara 100% percuma oleh FWD Takaful & Arus Academy di bawah program pendidikan kewangan Fun(d) for Life.

 

👨‍👩‍👧‍👦 Pelajari info & tips-tips untuk membina keluarga & anak bijak wang seawal 3 tahun dan mengikut kategori umur berbeza, dari 3 panelis berpengalaman.

 

💰 Hadiah wang tunai juga menanti penonton bertuah di Youtube!

 

🤳🏽 Daftarkan minat anda di sini: https://arus.cc/IbubapaFLM

 

📲 Tonton secara LIVE di laman ini atau melalui Youtube pada hari Sabtu ini.

 

Saksikan Majlis Penutup Bulan Literasi Kewangan

Ahad, 31 Ogos 2021, 10AM – 12.30PM
Majlis Penutup Fun(d) for Life sempena Bulan Literasi Kewangan 2021

Kak Lisa dan geng-geng Kak Lisa dari Fun(d) for Life akan berkongsi highlights sepanjang Bulan Literasi Kewangan ini. Kita juga akan bermain game-game yang menawarkan 💵 hadiah wang tunai 💵

Pemenang-pemenang bagi beberapa aktiviti sepanjang Bulan Literasi Kewangan juga akan diumumkan sewaktu rancangan secara live ini. Sediakan 🍿 popcorn,  anda, 🙋‍♀️ 🙋‍♂️ ajak rakan-rakan, 👋 katakan hai kepada peserta lain aktiviti Bulan Literasi Kewangan di ruangan chat dan jom saksikan bersama!

Pemenang Aktiviti Fun(d) for Life
Bulan Literasi Kewangan 2021


Tuntut hadiah anda dengan mengklik butang di bawah dan mengisi butiran anda.

Our biggest thank you goes to FWD Takaful Financial Education Network (FEN) Bank Negara Malaysia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia AKPK Media atas sokongan anda terhadap semua aktiviti Fun(d) for Life sepanjang Bulan Literasi Kewangan Malaysia 2021!